SELANGOR FC
BERITA

Perkembangan Terbaru : Pasukan Selangor FC Piala Presiden

May 24, 2025 - FAS

Selangor FC B20 telah selesai melalui lima perlawanan pertama saingan Piala Presiden 2025 yang telah bermula sejak 19 April yang lalu.

 

Musim ini, 11 pasukan telah disenaraikan bertanding dalam Piala Presiden termasuk Johor Darul Ta’zim III, Terengganu FC B-20, Negeri Sembilan FC, AMD B-17, Penang FC II, Kuching City FC, PDRM FC, Sabah FC II, Kuala Lumpur City FC dan Melaka FA.

 

Setakat ini, skuad kendalian Firdaus Tan Aziz berada di tempat ketiga dengan lapan mata terkumpul daripada lima perlawanan; dua kemenangan, dua seri dan satu kalah. Dalam masa yang sama, enam gol telah berjaya dijaringkan dan tiga daripadanya jaringan Dainei Mat Disa, dua gol Izzat Syahir dan satu jaringan Hakim Hassan.

 

Berikut adalah keputusan terkini perlawanan skuad Selangor B20 dalam saingan Piala Presiden 2025:-

 

JOHOR DARUL TA’ZIM III (1-0) SELANGOR FC

 

SELANGOR FC (2-1) KUALA LUMPUR CITY FC

12’ Izzat Syahir

80’ Dainie Mat Disa

 

TERENGGANU FC U20 (0-0) SELANGOR FC

 

SELANGOR FC (0-0) NEGERI SEMBILAN FC

 

PENANG FC II (0-4) SELANGOR FC

6’ Hakim Hassan

14’, 84’ Dainei Mat Disa

15’ Izzat Syahir

 

Mengikut keputusan di atas, skuad B20 Gergasi Merah berjaya mendapatkan tiga cleansheet daripada lima perlawanan menjadikan Farish Farhan, penjaga gawang utama pasukan sebagai Pemain Terbaik bagi perlawanan menentang Negeri Sembilan FC dan Penang FC II. Selain itu, Dainei Mat Disa, penjaring terbanyak pasukan setakat ini juga berjaya menempah namanya sebagai Pemain Terbaik bagi perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC.

 

Perjalanan masih jauh bagi skuad B20 Merah Kuning bagi menempuhi pusingan pertama Piala Presiden 2025. Di bawah adalah baki lima perlawanan seterusnya:-

 

08/06/2025, UM Arena - SELANGOR FC lwn KUCHING CITY FC

 

18/06/2025, UM Arena - SELANGOR FC lwn SABAH FC II

 

25/06/2025, Padang Pulapol KL - PDRM FC lwn SELANGOR FC

 

02/07/2025, Padang 10 AMD Gambang - AMD B-17 lwn SELANGOR FC

 

16/07/2025, Stadium Hang Tuah - MELAKA FA lwn SELANGOR FC

 

Pihak Pengurusan Selangor FC mahu skuad B20 untuk terus fokus dan berikan sehabis baik bagi mendapatkan lebih banyak kejayaan sepanjang saingan Piala Presiden 2025 berlangsung. Ayuh, skuad B20 Gergasi Merah!

 

Demi Kebanggaan!

 

SENARAI NAMA SKUAD B20 SELANGOR FC 2025

 

KETUA JURULATIH: FIRDAUS TAN AZIZ

 

PENJAGA GOL: NAZMI ROSLAN, PARID HIDAYATULLOH, FARISH FARHAN, ALIF AIMAN

 

PEMAIN PERTAHANAN: SHAKIR NASIR, MULIA HAIRI, ARIZ ZUHAYR, NAZWAN ABDULLAH, RYAN FAHREEN, DANIAL RAZALI, RYAN ZULFARHAN, AIREL HUSAINY, ZAINURHAKIMI ZAIN, IRFAN AFIF, HAFIFI MUHTADEE & NAZWIE HAKIMI

 

PEMAIN TENGAH: HARITH SAFUAN, AIRIEL NAZRIN, ADAM MIKAEEL, AMIRUL IZWAN, NABIL FITRI, SYAHMI ZUFAYRI, RUSYAIDI FAHMI, ZAMIL ZAQWAN, IRFAN ZAKWAN, HAKIM  HASSAN & ABRISHAM FAZDIR

 

PENYERANG: ZAMIRUL HAKIM, IZZAT SYAHIR, SYAHIR SUKRI, ADAM FITRI, DAINEI MAT DISA, ANJASMIRZA SHARUDIN, AIMAN AMSYAR & HATIF IRFAN.